Sajak dalam Bahasa Melayu mengenai kehidupan seharian dan tempat-tempat yang dilawati disertakan gambar dengan intonasi sajak yang menarik.Terdapat juga perkataan-perkataan Bahasa Inggeris digunakan.
SAJAK PBB BANGSA-BANGSA BERSATU
PBB Bangsa-bangsa bersatunya,
PBB pelbagai bahasanya,
Bersatu teguh,
Bangsa-bangsa yang kukuh.
Kerjasama kepelbagaian manusia,
Murninya sayangi bahasa,
Luhurnya hati-hati PBB beranggota,
Ideanya disayangi semuanya,
Ayuh bangsa,
Gagahkan bahasa
Gemilang bahasa,
Berbilang bangsa
SAJAK MAINAN RC CAR
Mainan kereta kawalan jauh seadanya,
Keretanya,
Kawalan jauhnya,
Membawa ke depan dengan kawalannya,
Ke belakang dengan arahnya,
Ke kanannya,
Ke kirinya,
Semuanya dicuba,
Sebelum membelinya,
Semoga terbaik didapatnya,
Untuk anak kesayangannya.
Belajar membawa kereta,
Dari kecil hingga dewasa,
Bermula dari mainan biasa,
RC Car namanya,
Ke permainan dewasa,
Playstation 5,
Semoga berjaya,
Sajak Ramadan tiba 1442 H
Tumisnya ramuan,
Dalam kuali se muatan,
Dimasuknya Daging kesedapan,
Sayur-sayuran dimuatkan sekali kelembapan,
Selesai memasak masakan.
Tibanya kudapan,
Jamu selera Bersama air hidangan,
Terima kasih ku ucapkan,
Semoga berselera di ini bulan Ramadan.
Ramadan tiba,
Mengharap damai,
Sebulan berpuasa,
Ibadah dikuasai,
Dinikmati juadah senja,
Doa diiringi,
Hari demi hari sentosa,
Semoga diberkati.
Sajak Masak
Ramuan disediakan,