SAJAK Masjid Al-Kauthar Tawau ت و

Masjid Al-Kauthar,
Hijau berwarna,
Telaga Kauthar,
Diberi kepada nabi kita.

SAJAK MAJLIS BERSELAWAT مجلس برصلوات

IKAN BESAR UNTUK DIMAKAN,
DIRATAH BEGITU SAHAJA,
MAJLIS DISUDAHI DENGAN SANJUNGAN,
SELAWAT KEPADA NABI KITA.

Waktu Senang dan Susah Pertanian

Tanam-tanamannya,
Dituainya,
Hendaklah kamu biarkan ditangkainya,
Kecuali sedikit untuk dimakannya.

ilham dari Allah,
Al Quran dan Terjemahan Surah Yusuf ayat 47

Sajak Mencari Hotel Terbaik

Sajak mengenai Hotel

Hotel,
Berbintang-bintang,
Nombor tel,
Mencari di waktu petang.

Yang terbaik menjadi pilihan,
Harga menjadi percaturan,
Dilihat dulu gambarannya,
Harap-harap bersesuaian.

Di hotel untuk berehat,
Kemudian bermesyuarat,
Menyelesaikan maslahat,
Kerana masyarakat.

تح

Sungai Surga Untuk Dinikmati Penghuninya


Sungai Mengalir di Dalam Surga untuk Dinikmati Penghuninya

Ya Tuhan kami, kami telah beriman,
Surga didekatkan bagi yang bertakwa,
Gembirakanlah orang-orang mukmin,
Iaitu manusia yang beriman,
Yang mencari karunia-Nya,
Di sisi Allah mintalah rezeki dan sembahlah Dia,
Untuk memperoleh rahmat dari Tuhanmu yang kamu harapkan.

Tidaklah diciptakan langit, bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main,
Kepada Allahlah dikembalikan segala urusan.

Mengalir sungai-sungai di dalam surga,
Untuk penghuni surga menikmatinya.


Sajak Syukur Tuhan Maha Penyayang



Dunia telah lama berada,
Diutusnya nabi rahmat bagi seluruh alam,
Kehidupan dengan berlalunya masa,
Gembira penduduk bumi dengan salam.

Tiada tuhan melainkan Allah,
Hendaklah bertakwa kepada Nya,
Al Quran yang mengandung hikmah,
Masjid-masjid dimakmurkan umat nabi Nya.

Berita gembira dengan Al Quran,
Dengan pembacaannya orang beriman,
Tuhanmu Maha Perkasa lagi Maha Penyayang
Mari bersyukur dan berkasih sayang.




Pengalaman Pemandangan Sajak di China

Sajak Pemandangan di China


Bahasa di Malaysia belajar di Sekolah

Bahasa di Malaysia,

Bahasa Melayu ada,

Bahasa Tamil ada,

Bahasa Cina ada.

Kepelbagaiannya bahasa,
Interaksi perkauman bersahaja,
Pembelajaran pelbagai bahasa,
Di sekolah kan ada,
Perpustakaan dan buku-bukunya.