Allah Semua

All dalam Bahasa Inggeris,
Semua dalam Bahasa Melayu tertulis,
Segala puji bagi Allah dalam baris,
Dalam terjemah surah Al Fatihah ayat 2 berbaris.

Semua yang ada,
Setiap masa.

Aku memuji Allah dengan segala puji,
Kerana telah ku baca mengenai Nya,
Tuhan semesta alam cirinya,
Tertulis dalam buku Al Qur'an dan Terjemahnya.

Menunggu Bersiap


        
      Sajak Menunggu Bersiap

Menunggu perjalanannya bermula,

Masa berlalu seperti semula,

Saat dan minit bermula,

Tunggu perjalanan tiba.



Siap berpakaian,

Ingin makan,

Ingin minum,

Dah siap ke belum.



Pernah berlalu seperti ini,

Sedap diingini,

Tercapai diizini,

Diharap berulangi.

TERIMA KASIH

ASTRO

Astro,

Pelbagai saluran di televisyen Malaysia,


Definisi tinggi berwarna,

Siaran langsungnya,

Berita,

Sukan dari pelbagai negara,

Yang menariknya,

Enjoy dari pihaknya.

Perpaduan Negara



Malaysia satu nama negara,
Islam menjadi agama rasminya,

Rakyat hidup harmoni dengan izinNya,

Bersama kita membangunkan negara.


Pelbagai kaum, pelbagai bahasa,

Perpaduan teras kerjasama,

Juadah makanan terjual merata,


Kita rakyat Malaysia.
\
Hari Raya dirai bersama,

Satu bangsa beraya,

Ketika bersuka ria,

Setiap tahun dua kaya.



Apa itu Sajak?

Apa itu Sajak?

Sajak, bunyi imbangannya tidak tetap,

Rima akhir di hujung tiap baris ayat tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi

Terdapat rangkap,


Namun bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap,

Baris-baris yang membina ayat yang membangunkan rangkap,

Keharmonian yang baik antara isi pengetahuan dengan bahasa.

Mengenal Duit

Mengenal DUIT

Duit kini dikenali doit,

Do it digunakan di Nike,

Terus melakukannya,

Duit diketahui sebagai wang,

Wang diketahui sebagai money,

Money  didalam Bahasa Inggeris

Membeli menggunakan duit,

Bermusafir menggunakan duit,

Mencari nafkah menggunakan duit,

Di mana kau duit,

Dengan meminta ampun diberi harta,

Surah Nuh Ayat 10 hingga 12,

Harta Duit